Khamis, 25 Mac 2021

Selasa, 8 Disember 2009

Bidang Tugas dan Tanggunjawab Pengetua/Guru Besar

1. Menyediakan tempat yang sesuai, selesa dan selamat bagi menjamin peperiksaan berjalan licin dan lancar di sepanjang tempoh peperiksaan.
2. Bertanggunjawb ke atas keselamatan pusat peperiksaan dan tempat simpanan kertas soalan.

3. Menyediakan kemudahan dewan dan bilik mengikut spesifikasi berikut:
a. Dewan/ bilik peperiksaan itu tidak bocor dan kena tempias ketika hujan, dimasuki cahaya matahari yang memancar atau sebagainya.
b. Semua gambar, tulisan dan carta/ gambar rajah pada dinding hendaklah dialihkan atau ditutup.
c. Semua kerusi dan meja calon sesuai dan disusun seperti arahan lembaga Peperiksaan. Jarak antara meja antara satu sama lain 1.35 m - 1.5 m.
d. Dewan/ bilik peperiksaan hendaklah disediakan dengan peralatan berikut:
1. Jam diding yang berfungsi dan sesuai
2. Kipas dan lampu yang boleh digunakan
3. Sebuah almari besi yang boleh dikunci
4. Sebuah papan tulis
5. Sebuah peti pertolongan cemas
6. Pembesar suara
7. Papan tanda "Kawasan Larangan" dan "Peperiksaan Sedang berjalan" dipasang di bahagian luar dewan dan bilik peperiksaan.
e. Menyediakan bilik khas dan keperluan tertentu bagi calon yang buta, rabun, pekak, dan cacat anggota/ spastik. Calon cacat/ istimewa perlu mendapat perhatian khas oleh pihak yang menguruskakn peperiksaan.
f. Bertanggunjawab memastikan tiada gangguan yang bileh menjejaskan penumpuan calon.
g. Memastikan kedudukan dewan/ bilik peperiksaan berhampiran dengan tandas (bilik air) bagi lelaki dan perempuan.
h. Memastikan pejabat sekolah dibuka sekurang-kurangnya setengah jam sebelum peperiksaan dimulakan sepanjang masa peperiksaan.
i. Memastikan telefon yang sentiasa boleh digunakan boleh Ketua Pengawas.
j. Memastikan kantin dibuka pada hari peperiksaan.
k. Menyediakan tiga Salinan pelan tempat duduk calon setelah kerusi dan meja disusun di dewan / bilik peperiksaan.
l. Melantik guru bertugas sepanjang masa peperiksaan itu berjalan. Satu salinan senarai guru bertugas hendaklah diserahkan kepada ketua pengawas. Guru bertugas bertanggungjawab:
1. Menguruskan calon-calon yang jatuh sakit pada waktu Peperiksaan dijalankan.
2. Mengawal disiplin calon sewaktu di luar dewan/ bilik peperiksaan.
3. Menghubungi dan memberitahu pengetua/GB sekiranya berlaku kes-kes yang memerlukan pemerhatian segara beliau.
4. Menghubungi pihak pengangkutan awam sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan seperti peperiksaan berakhir lewat.
5. Mengatur tempat tinggal dan menguruskan makanan untuk calon-calon yang tidak pulang oleh sebab banjir atau perintah berkurung.
6. Menguruskan makanan/ minuman untuk calon-calaon jika ada kuarantin.
7. Mengeluarkan surat perakuan pengenalan diri calon bagi calon yang tidak membawa kad pengenalan/ surat beranak.
8. Menandatangani borang akta Rahsia Rasmi
9. Bertanggunjawab menerima dan menyerahkan bahan peperiksaan kepada ketua pengawas.
10. Bertanggungjawab menerima dan menyimpan kertas soalan sesi petang di peti/ almari besi keselamatan di bilik Pengetua/ GB (jika berkenaan) serta menjaga keselamatannya. Kunci peti/almari dipegang oleh ketua pengawas dan tatakira disimpan oleh pengetua /GB
11. Mencalonkan guru untuk dilantik sebagai ketua Pengawas dan pengawas serta kakitangan bukan guru sebagai pengemas bilik pusat peperiksaan.
12. Memastikan jaga sekolah membuat rondaan kawalan keselamatan di kawasan dewan/ bilik peperiksaan dan mengawal pergerakan keluar masuk pelawat ke kawasan sekoilah sepanjang musim peperksaan.
13. mengarahkan jaga sekolah membuat rondaan kawalan keselamatan di kawasan bilik kebal jika bilik kebal berada dalam kawasan sekolah.
14. Memaklumkan kepada penyelia kawasan/ ketua sektor SPPJPN/ Ketua Unit (penilaian & Peperiksaan) Jika ada calon yang dimasukkan ke hospital/ pusat tahanan.

Kursus oneline Pendaftaran pmr 2010

Kursus bermula 8 hingga 10 /12/2009.
Tempat: Grand Borneo Hotel Kota Kinabalu
Selamat Belajar Untuk Sekolah dan negara.

Isnin, 7 September 2009

Jadual Kerja SU PMR 2009

Bulan Januari;
- Pendaftaran bermula di peringkat sekolah
-Edar borang pendaftaran kepada pelajar di setiap kelas (bantuan Guru Kelas)
-Taklimat PMR dan hantar pendaftaran ke PPD

Bulan Feburari;
- 28 tarikh tutup pendaftaran PMR

Bulan Mac;
- 7- 8 Mac Jpn mengutip bahan dari PPD

13 Mei Tarikh tutup pindah pusat

3 Januari- 31 Julai Tempoh pelaksanaan Kerja Kursus dan PAFA

2- 7 Ogos Memasukan markah Kerja Kursus dan Pafa

8-9 Ogos Serah disket dan cetakan markah KK /Pafa ke PPD

14 Ogos JPN mengutip Bahan kerja Kursus dan Pafa di PPD

27- 30 Ogos Peperiksaan Percubaan PMR di peringkat sekolah

19-21 September memasukan markah percubaan PMR

24- 25 September Tarikh serahkan disket dan lain-lain dokumen Peperiksaan Percubaab PMR ke PPD/ JPN

26 september JPN mengutip markah percubaab PMR di PPD
- taklimat kepada Pelajar Calon PMR

7 Oktober Peperiksaan Bertulis Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Dan lain-lain arahan semasa dari Jabatan Pelajaran Negeri/ PPD/ Sekolah
Terima kasih kepada semua guru / pegawai dan individu yang sentiasa memberi kerjasama yang baik dan bertanggungjawab.